Saturday 19 November 2011

~ WANITA ~

Antara muka2 wanita ikut situasi hahahaha...

PERTAMA


Muka Original


KEDUA





Muka masa nak p DATE... Semua nak nampak perfect..huuhh!!


KETIGA



Muka ngah kusut/serabut hahahha hodoh gila.. :P


KEEMPAT



Keadaan kat umah..hahahah nampak sangat jenis pengotor.. REJECT..!!


Friday 21 October 2011

Himpunan Cerita Sedih


-Suatu Kisah Yang Sedih- (Sediakan tisu sebelum baca)

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.

Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."


Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak!

Saturday 15 October 2011

-Selamat Tinggal Ibu-





“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,”
kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku.

“Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.

“Ibu penat?”

“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment? Buat apa tadi?’’

“Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”

“Dah. ibu nak solat kejap ye.”

“ok,”
Jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini. Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori.

Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.

HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk. Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!


TANGGG!
Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital.
“Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah.

“Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair. Ngilu terasa menghiris jiwa.

“Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku.

“Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika.

“guess what, sayang?”

“What?”

“ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan.

“Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku. Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu.

“Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’

“Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk. Mulut muncung.

“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.

“Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’

“Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.


HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang.

“Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang.

“Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku.

“Jaga diri ibu baik-baik tau. Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu.

“Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’

“Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti. Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.

“Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’

“Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu.

Jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.

“Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku.

"Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu.
"Ibu, I love you!’’

“Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.


“IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung.

Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk.

“ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku.

"Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa.Wajah ibu amat syahdu sekali.

Sambil berdiri, ibu berkata, "Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian.

"Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’


"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti.

"Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut.

"Ibu…’’

"Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah.

"Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’

"Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku.

"Ibu… ibu dah tak ada.’’ Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu.

"Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.

"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.

Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata.
“kakak…”

Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

♥<3bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa♥♥

Tuesday 11 October 2011

Kisah Benar Ibu Yang Berhati Mulia





Kisah Benar Ibu Yang Berhati Mulia

Kisah ini adalah kisah benar sebuah keluarga
 yang sangat miskin, yang mempunyai seorang anak laki-laki di sebuah negara. Ayahnya sudah meninggal dunia, hanya tinggal ibunya yang sudah tua dan anak lelakinya sahaja tempat menumpah kasih sayang.

Ibunya bersusah payah membesarkan seorang anaknya, pada masa itu kampung tersebut belum memiliki elektrik. Semasa membaca buku, anaknya tersebut hanya diterangi sinar lampu minyak tanah, sedangkan ibunya dengan penuh kasih sayang menunggu anaknya sambil menjahitkan baju untuk sang anak.

Semasa memasuki musim luruh, adalah waktu bagi anaknya untuk memasuki sekolah menengah atas. Tetapi pada masa itulah ibunya menderita penyakit radang sendi-sendi atau Rheumatoid Arthritis ( RA ) yang parah sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah.

Di sekolah itu, setiap bulannya waris murid-murid diwajibkan membawa 30 kg beras untuk di bawa ke kantin sekolah. Anak ini mengerti bahawa ibunya tidak mungkin boleh memberikan tiga puluh kg beras tersebut.

Berkatalah ia kepada ibunya: " Bu, saya mahu berhenti sekolah sahaja dan membantu ibu bekerja di sawah".

Ibunya mengusap kepala anaknya dan berkata : "Niat kamu sungguh mulia nak, kamu memiliki niat seperti itu saja ibu sudah senang, tetapi kamu harus pergi bersekolah. Jangan khuatirkan ibu ya nak. Cepatlah pergi daftarkan ke sekolah nanti berasnya biar ibu yang akan mengantarkannya kesana".

Namun, anaknya tetap berkeras tidak mahu mendaftar ke sekolah, ibunya mula marah dan menampar anak tersebut. Dan ini adalah pertama kalinya anak ini dipukul oleh ibunya.
Dengan berat hati, akhirnya anaknya pergi juga kesekolah. Ibunya terus berfikir dan merenung dalam hati sambil melihat bayangan anaknya yang pergi menjauh.

Tidak berapa lama kemudian, dengan lemah longlai dan nafas tercungap-cungap ibunya datang ke kantin sekolah dan menurunkan sekampit beras dari bahunya, pengawas yang bertanggung jawab menimbang beras dan membuka kampit beras lalu mengambil segenggam beras tersebut dan menimbangnya. Tiba tiba dia berkata :
" Hai waris murid, kami tidak menerima beras yang isinya campuran beras dan antah. Jangan menganggap kantin saya ini tempat mengumpul beras campuran". Begitu malunya ibu ini, hingga tak henti hentinya berkali-kali meminta maaf kepada ketua pengawas tadi.

Awal bulan berikutnya ibu ini memikul sekampit beras dan masuk kedalam kantin. seperti biasanya beras tersebut diteliti oleh pengawas. Dengan dahi yang mengerut, ketua pengawas berkata: "Masih dengan beras yang sama". Selepas ini kalau begini lagi, maka saya tidak boleh menerimanya".

Ibu ini sedikit takut dan berkata : "Tuan pengawas, beras di rumah kami semuanya seperti ini jadi bagaimana?
Pengawas itu pun tidak mahu tahu dan berkata : "Berapa luas sawah yang ibu kerjakan, sehingga berasnya boleh bercampur seperti ini". Mendengar sindiran pertanyaan seperti itu ibu tersebut akhirnya tidak berani berkata apa-apa lagi.

Awal bulan ketiga, ibu ini datang kembali ke sekolah. Ketua pengawas kembali marah besar dengan kata-kata kasar dan berkata: "Kamu sebagai waris murid kenapa begitu keras kepala, kenapa masih tetap membawa beras yang sama. Bawa pulang saja berasmu itu !"

Dengan berlinang air mata ibu ini pun berlutut di depan pengawas tersebut dan berkata: "Maafkan saya tuan, sebenarnya beras ini saya dapat dari mengemis".

Mendengar kata ibu ini, pengawas itu terkejut dan tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dilihatnya ibu tua tadi duduk di atas lantai, menggulung seluarnya dan memperlihatkan kakinya yang sudah mengeras dan membengkak.

Ibu tersebut mengesat air mata dan berkata: "Saya menderita sakit radang sendi-sendi , malah untuk berjalan pun susah, apalagi untuk bercucuk tanam. Anakku sangat mengerti keadaanku sehingga mahu berhenti sekolah untuk membantuku bekerja disawah. Tapi saya melarang dan menyuruhnya terus bersekolah."

Selama ini saya tidak pernah memberi tahu sanak saudara yang ada di kampung . Lebih-lebih untuk memberitahu pada anakku, aku takut menjatuhkan harga dirinya.

Setiap hari pagi-pagi buta dengan kampit kosong dan bantuan tongkat, aku pergi ke pasar, tempat orang menjual beras, hanya untuk mengemis beras beras yang tercecer di pelantar. Dengan susah payah aku pergi kedai demi kedai hanya untuk mencari beras tercicir.
Sehingga hari sudah gelap, aku pun perlahan-lahan kembali ke kampung sendiri. Sehingga pada awal bulan semua beras yang terkumpul memenuhi syarat untuk diserahkan kesekolah.

Pada masa ibu tua itu bercerita, secara tidak sedar air mata Pengawas itupun mulai mengalir, kemudian mengangkat ibu tersebut dari lantai dan berkata: "Bu sekarang saya akan melapor kepada pihak sekolah, supaya boleh diberikan sumbangan untuk keluarga ibu."

Ibu tadi buru- buru menolak dan berkata: "Jangan, kalau anakku tahu ibunya pergi mengemis untuk sekolah anaknya, maka itu akan menjatuhkan harga dirinya. Dan itu akan mengganggu pelajarannya. Saya sangat terharu dengan kebaikan hati tuan pengawas, tetapi tolong ibu agar boleh menjaga rahsia ini."

Akhirnya masalah ini diketahui juga oleh pihak sekolah. Secara diam- diam Pengetua sekolah tidak meminta biaya sekolah dan biaya hidup anak tersebut selama tiga tahun. Setelah tiga tahun kemudian, anak tersebut lulus masuk ke perguruan tinggi Qing hua dengan nilai 627 point.

Di hari anugerah sekolah, Pengetua sekolah sengaja mengundang ibu anak ini duduk di tempat duduk utama. Ibu ini merasa aneh, begitu banyak murid yang mendapat nilai tinggi, tetapi mengapa hanya beliau yang diundang.

Yang lebih aneh lagi di sana masih terdapat tiga kampit beras. Pengawas sekolah tersebut akhirnya maju ke depan dan menceritakan sebuah kisah tentang seorang ibu yang mengemis beras demi sekolah anaknya.
Pengetua sekolah pun menunjukkan tiga kantong beras itu dengan penuh terharu dan berkata kepada para hadirin seraya menunjuk pada ibu tadi : "Inilah sang ibu dalam cerita tadi."

Dan mempersilakan ibu yang luar biasa tersebut untuk naik ke atas pentas. Anak ibu tersebut dengan ragu-ragu melihat ke arah gurunya yang sedang menuntun ibunya berjalan ke atas pentas.

Ibu dan nak ini pun saling bertatapan. Pandangan ibu yang tajam dan lembut kepada anaknya membuatkan anak tidak dapat untuk menahan tangisnya, dipeluknya susuk tua dihadapannya itu dan merangkul erat ibunya sambil terisak sambil berkata: "Begitu mulianya engkau Ibu, sungguh aku tak boleh untuk membalasnya..

Wednesday 7 September 2011

Raya 2011

Assalamualaikum...entry kali ni aku nk becerita pasal raya aku di sarawak bersama keluarga angkat abg aku.. 2hb 09. 2011 flight jam 8.30am... pai di sarawak abg aku jempun n trus check in hotel di mayfair hotel...
pas check in ktaorg g ke rumah keluarga angkat abg aku 2 kenal2 ngan family dorang....acctually kta org ke sana sebab nak kena masak tuk open house umah dorang...pai je sana kta org da mula masak rendang n pape yg patut tuk open house hari esk nya...

3hb.9.2011 open house start jam 9am-4.3pm ramai family keluarga angkat abg aku...so kami pun kenal2 laa..wat cam keluarga sendiri...lg pun family dorang ni x laa sombong senang sgt bergaul ngan dorang...x rasa cam org luar la...di layan cam family sendiri...huhuhu tengah2 sibuk open house sempat g dorang wat birthday party tuk billy anak tuan umah 2 n aku... errmmm... nak di adakan cite pagi 2 wat dua majlis la...open house n birthday party skali...


amek ko pai dua kek dorang beli kat secret resepi... memang meriah open house kat sana...tp yg paling wat aku bangga n happy raya kat sana ialah org2 kat sana still pakai baju melayu pai raya ketujuh tuk beraya...x kira dari dak kecik, remaja pai laa org tua dorang still pakai baju melayu tuk g beraya...lau kat kl raya pertama je laa dapat tengok org pakai baju melayu pas 2 da x de nya nak pakai lagi... 


bergambar ngan mak aku...Datin Yatie heheheeh


hahahah anak mama...weerrrkkk..


raya tahun ni wat aku paling gembira sebab mak aku gembira..hehehe n yang paling penting aku da berbaik ngan abg aku walau pun masih x cakap lagi hahahhaha...errmmmm ni je laa cerita n gambar2 aku time raya..x dapat nak bergambar sangat laa sebab x de camera....lau ade camera memang 24 jam laa aku posing wakakakaka... aku harap raya tahun depan lagi baik dr tahun ni...amin.. :-)

Thursday 1 September 2011

Salam Aidilfitri


ASSALAMMUALAIKUM... sebelum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.. jika ada tersalah kata atau tersalah laku...aku dengan rasa rendah diri menyusuh sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakan2 ku x kira lah yang kenal aku atau pun x...kita sesama islam adalah bersaudara... :-)

Raya tahun ni aku langsung x rasa cam raya...sebab aku x kemana-mana even my grandmother house..huhuh bukan aku x nak g cuma aku takut sangat2 lau aku g umah nenek aku raya ni akan jadi cam raya tahun lepas... peristiwa raya lepas da cukup wat aku rasa sedih n terasing..pagi raya tahun lepas terasa aku bagaikan orang asing di rumah nenek aku sendiri.... tp x pe laa aku sedar family aku x sehebat cam family cousin2 aku 2... walau ape pun jadi aku tetap sayang nenek aku pai hujung nyawa..
 tahun ni aku x dapat nak salam, cium tangan n minta maaf kat nenek aku... tp x pe laa.. kalau boleh aku nak sgt nenek aku tau yang aku teringin sangat nk rasa pelukkan seorang nenek... :-(

kadang2 aku jeles sangat bila aku tengok cousin2 aku salam nenek n peluk nenek...tp aku hanya dapat salam je itu pun nenek x pandang aku...APA SALAH AKU..?? 

raya tahun ni aku nak berubah..selama ni aku x penah baik ngan abg aku.. tp thn ni aku nk buang ego aku jauh2 n berbaik ngan abg aku... betul kata org air dicincang x kan putus sama lah ngan adik beradik walau bergaduh lama mana pun satu ari nanti mesti akan berbaik.. sebab dia adalah darah daging kta.. :-)

eerrrrmmm...k laaa tu je laaa cerita aku tuk entry kali ni.. satu je nak cakap sebelum aku x de idea... sayang lah org yg hargai anda n jgn benci org yg benci anda sebab org yg benci kta 2 lah yg boleh wat kan kita bangkit n terus kan hidup tuk maju n berjaya pada masa depan...

SALAM AIDILFITRI
IKHLAS DARIPADA HIKAYAT PUTERA SYAZLAN



Saturday 20 August 2011

Outing @ Overnite

Hey guys...entry kali ni aku nak kongsi cerita keseronokkan aku g shopping raya kat QueensBay Mall Penang..
Mula2 x rancang pun nak kuar...ntah cam ne lak kan petang 2 aku rasa sangat bosan pai tahap nak jd gila duk lam bilik asyik duk layan FB dr pagi pai petang...tetiba2 aku nampak kwn aku merangkap classmate aku laa ngah on9 skype..aku pun skype laa ngan dia tanya dia tdo ke...dia jwb tdo benda nye..aku reply balik ckp bosan dowh duk bilik...hahaha dia reply tanya ape plan ptg ni..aku kata xde...pas2 tetiba dia ajak kuar...so aku ni pantang org ajak kuar aku on jer...aku ngan gigih g cr kwn aku lg 2 org ajak kuar...bukan pe lau kuar ramai2 leh laa tong2 duit minyak hehheheh...
pas da dapat member 2 org 2 aku pun kuar la...pai je kat pak guard hujan turun renyai2...xpe laa ktaorg trus gak laa kuar...tp malang x berbau...pai separuh jalan hujan turun ngan lebat nya pai x nampak jalan..da laa aircond keta kwn aku 2 rosak..x pasal2 aku yg duk depan ni kena jd 'WIPERMAN' driver hahaha...hujan selebat2 nye dari MAHANG pai KULIM 36km...
tp disebabkan ktaorg ni gigih nk kuar..kami pun trus laaa jalan pai ke penang..

kami pai penang lam kol 5.30pm...n trus ke QueensBay Mall...


ngah syok2 berjalan classmate aku jumpa lak kwn lama dia..so aku tinggal kan dia jap n aku g laa usha2 baju kat kedai ni...


pas da usha2...ktaorg cr pat tuk buka posa...pikinye pikir last2 mkn kat food court jusco je..n ni menu tuk berbuka ktaorg :D



pas buka ktaor jln2 g tuk shopping baju raya...
ni laa dia geng2 aku yg lepak skali mlm 2 :-)



penat berjalan...sempat g dorang snap pic aku..ggrrrrr~~


ALAMAK...!!! anak sape ni..??

Dah puas shopping ktaorg singgah la ke FunFair Park kat sebelah QB Mall 2...
kadang2 seronok jd budak2 balik kan..??


pas da enjoy sakan ktaorg g laaa lepak2 kat persiaran gurney 2,tengok kapel2 yg x bermoral dating tepi2 jln...gggrrrrr~~ bulan pose ban plss give some respect plsss..
tengah2 lepak peyut rasa lapar...so p laa singgah kedai tepi jln pekena kuet teow goreng n pasembor...sedap pai jilat jari heehhehe :P


 kuey teow goreng penang mali...


pasembor...pas mkn menyembor2... :D

lepak nye lepak jam da kol 1 so ktaorg grak lagi ke up town bandar perda...shopping lagi hahahha..tp ktaorg pai lam kol 2 uptown pun da banyak yg tutup lagi2 ngan ujan renyai2...
pas uptown ktaorg lepak mcd jap borak2....
jam da kol 3 so ktaorg pun grak laa balik kulim...pai je kulim ktaorg stop kat restoran DINAS (MAMAK) tuk singgh sahur hhhehe pekena roti canai n teh tarik..


pas sahur je ktaorg grak balik hostel...pai kat pak guard keta x leh masuk dalam lak...grrrr~~ x pasal2 kena menapak ke hostel...tp x pe laa yg penting malam 2 dilalui dengan gembira bersama kwn2...

~ Hikayat Putera Syazlan ~

Thursday 18 August 2011

IBU..


Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
yah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Monday 15 August 2011

Colorful ~~



 Hey guys entry kali ni x de ape yg menarik.. 
aku cuma nak kongsi 1 cerita kat korang semua heheheh..
sebelum nak mula cerita aku nak tanya Blog aku ni colorful sgt ke..??
bukan ape ade org komen dia kata blog aku colorful hahaha

colorful2 gak tp colourful yg cam ne..??


adakah ceria yang cam ni...hahah cam blog budak2 lak hehhe

ATAU.. ceria yang cam ni..??


kalau ceria n colourful yg cam ni aku suka 
hehehehe sebab nampak smart kot..
sebenarnya aku saje wat blog yang colorful cam ni sebab 
kaler boleh membuatkan seseorang 2 senyum, ilang tension n stress...

aku suka sesuatu yg menarik sebab aku ni seorang yg...


hahhaha... x kesah laa org nak kata blog aku ni colorful ke ceria ke or cam budak2 yg penting aku happy je tengok blog aku ni... hahhaha 2 je laa cite yg aku nak g tau korang tadi..cam ne seronok kan lallalla..t lau ade cerita yg menarik lagi aku update pada entry yg seterusnya k...

 P/S : nice kan pic ni..huhuhuhu aku suka :D

Saturday 13 August 2011

Denda...!!!! :-(

aaarrrrrggggg...!!!! aku tension bila kena denda, lau denda lain x pe ni denda cam denda dak sekolah..tolong laa wey kami ni bdk diploma bkn dak sekolah lagi...sakit ati laaa cam ni..da laa aku final year...kena mengadap final projek, nak kena wat litar,programming, mekanikal part g..alih2 dapat denda cam celaka,memang aku x wat laaa...

tp ari khamis ari 2 warden 2 panggil aku marah2 n tengking2 aku tanya nape x wat denda yang dia bagi 2..aku ckp laaa aku banyak keja nak wat x de masa nak ngadap denda dia tu..leh dia jawap "ADA SAYA KESAH" nak je aku jawab lau saya wat denda En. ni sy dapat diploma ke...En. leh bg diploma ke...? nasib laa bulan posa aku cool sikit lau x memang aku da melenting lam opis dia 2...


tp x pe laa tuk x nak dia kacau aku panggil g opis dia aku pun wat laa dende dia yg x de paedah 2...
hahahah mesti korang nak tau kan denda ape..ok2 aku upload pic tuk korang kompom korang ketawa t..hahahah

hahaaha ni laa dia denda yg aku kena wat pai 20 muka surat 10 helai kertas...x kematu tangan ko menulis banyak cam ni...ggggrrrrrrrr~~ geram2...dari tulisan aku cantik trus da jd cam tulisan dak tadika... ayat yg aku kena tuliS 2 "SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MASUK LEWAT LAGI KE INSTITUT INI"

tp kan ngah syok2 menulis aku x sedar yg aku tersilap tulis hahahah da siap br aku perasan aku tulis "SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MASUK LAGI KE INSTITUT INI" hahahahaa aku biarkan je...x ingin nak salin balik...biar warden 2 tau aku sakit ati ngan dia...

14.8.2011 jam 8 pagi aku kena anta kat opis dia...grrrrrr~~ nak kena ngadap muka org tua tu lagi tambah sakit ati aku je... punca aku kena denda ni sebab kwn aku laa ajak tengok bola...lau aku x ikut kompom aku x kena...hahahah padan muka aku gak x reti duk hostel da malam2 kan...hahahahah Chill..~~



Friday 12 August 2011

Gambar Zaman Sekolah Rendah ~~

hey guys....ni aku nak share ngan korang gambar aku masa sekolah rendah kat S.K LASALLE BRICKFIELDS
gambar ni masa aku darjah 2 merah cikgu class cikgu hilmi....hahhaha lau di kenang balik cam kelakar je muka aku masa kecik2 dulu...tp comey hahahhaha...

x sangka aku leh jumpa balik gambar2 masa aku sekolah rendah n menengah dulu...tp gambar ni laaa yg paling old skool...da bertahun kot tinggal bangku sekolah rendah...
kebanyakkan budak lam gambar ni aku ingat lagi nama2 dorang...yang mana slalu buli aku or baik ngan aku heheheh...


ok laa guys lau ade lg gambar2 aku masa kecik2 t aku update lam ni... :D btw thanks luangkan masa jenguk blog aku yg x seberapa ni...

Gambar Zaman Sekolah :-)



tengah2 syok berFACEBOOK tetiba ade org tag gambar kat aku...bila aku buka je rupa2 nye gambar ni...
hahhaha tesenyum aku sorang2 tengok gambar aku masa sek tingkatan 4...punya laa kurus, tp skang da cam gergasi...hahahah

ni laaa kwn2 aku time sek dulu...x silap aku class 4 akaun...guru class dia cikgu Norin garang x ingat dunia....ntah mana laa pegi cikgu 2 skang...cikgu 2 baik ngan mak aku...slalu dia tumpang keta mak aku tuk g kl sentral...

rindu gila kot zaman2 sekolah dulu..huhhuuhu lau dapat berkumpul semula kompom cam2 rupa n perangai....nasib baik ade FACEBOOK masih boleh keep in touch ngan kwn2 zaman sekolah dulu...tp pape pun comel x aku zaman sekolah dulu hahahahah... :D
P/S : S.M.K LASALLE BRICKFIELDS (nama sekolah aku dulu)

Ramadhan Al-Mubarak ~~

Assalammualaikum... sebelum terlewat aku nak ucap slamat berpuasa :D semoga puasa tahun ni penuh n di berkati oleh ALLAH S.W.T....

 errrmmmm pejam celik da 12 hari kta puasa...x lama lagi da nak raya... persiapan raya ape pun x wat sebab tahun ni family aku plan nak raya kat sarawaK...heheheh tp cam x best je sebab x dapat jumpa cousin2 kesayangan aku...hahahahah 

tp x pe laa pas g sarawak leh je g raya umah dorang... teeeeetttt puasa br 12 hari da cite pasal raya...hahhah tu nama nye excited nak raya...maklum laa nak kumpul duit raya...wakakakaka da tua2 dapat lagi ke duit raya...lau dapat pun cam malu je nak amek kan..hehehe... :P


Thursday 11 August 2011

Hari Pertama Buat Blog :D


hey... 11.08.2011 first time aku wat blog, org lain da lama ade blog tp aku br je nk wat...bukan pe cuma mls je nk isi borang2 2...huhuhu tp disebabkan aku bosan fb x leh buka aku gigih kan diri wat blog ni...

so skang da ade blog terpaksa laahh rajin2 kan diri aku ni update blog tuk korang semua... hopefully korang enjoy laaa ngan blog n hasil tulisan aku hahhaahaha :D
Powered By Blogger