Sunday, 25 March 2012

20 Tanda Jika Anda Admirer Kat Seseorang...



1. Kita akan selalu ingat dia walau apa pon yang kita lakukan walaupon dia tak pernah ingat kita.

2. Hari-hari misti tatap wajah dia tak kira la secara live ke, dalam FaceboOk ke ataU di mana-mana la yang terdapat wajah dia walaupon dia tak tahU bahawa ada orang lihat muka dia.

3. Setiap kali kita Online FaceboOk dan Twiter pasti akan lihat wall dia dan tengok semua status dan apa yang di coretkan dia pada setiap hari tanpa jemU.

4. Kita juga akan mengetahui segala perkembangan dirinya. Apa yang di lakukanya dan di mana dia berada. Biasanya kita akan usha2 laman sosialnya dan LIKE semua yang ada.

5. Hari-hari pergi kerja kita pasti akan menunggu dia di pintu masuk sebab pagi-pagi misti nak lihat muka dia dulu. Kalau dia lambat sanggup tunggu di car park.

6. Kalau terserempak dengan dia, jantung kita tiba-tiba berdegup kencang, nafas semakin kuat, mata tak berkelip tengok dan hati pasti cair luntur la kat situ gak dan kedu untuk berkata.

7. Kalau nampak dia dari jauh pasti nak pergi tegur dan nak buat-buat terserempak dan jalan berselisih sebelah dia. dan jika mood kita tak baik kalau lihat muka dia terus mood kita kembali ceria.

8. Kita pasti akan beri dia senyuman kalau dia pandang kita dan berbalas la senyuman.

9. Nak tegur takot hanya senyum jek la di beri setiap kali jumpa.

10. Dalam hati kita pasti berbuak-buak nak ajak dia lepak chill, kuar, jalan-jalan sama-sama. Tapi sebab malu semuanya terbatas. Tapi kalau dapat peluang tak akan lepaskan!

11. Kita akan bertanya pada orang sekeliling yang mengenali dirinya tentang latar belakang dirinya.

12. Paling penting kita akan mencari dan mengenal pasti status diri dia dan dia. Single atau apa.

13. Kalau boleh semua perkara A-Z kita nak tahu dan ingat sampai la betol-betol kita dapat apa yang kita mahukan.

14. Kadang-kala kita salu bermimpi akan dirinya bersama kita berdua. Indahnya.

15. Kita juga akan selalu berangan tentang dia.

16. Kita juga kadang-kala macam menjadi seperti orang gila. Semuanya kerana dia. Ooh manisnya.

17. Kite akan cuba berkenalan dengan rakan-rakan rapatnya. Motifnya untuk mudah untuk kita untuk rapat megenali dirinya sepenuhnya.

18. Selalu buat-buat lalu depan tempat dia kerja dan mata akan memandang ke dalam meja kerja dia. Walaupon dia tak tahu yang kita sedang melihat dia.

19. Kalau terserempak dia dan rakan lain, kelihatan mesra. Kita misti akan cemburu dan kita terus berfikiran positive. mungkin itu adik dia atau kazen dia. Cover line.

20. Kita selalu berharap suatu hari yang kita akan dapat dirinya! Ooh...





No comments:

Post a Comment